Skip to main content

Punca Gout di Kaki

Pernah dengar gout? Rasanya penyakit gout ini adalah salah satu penyakit yang sinonim di kalangan kita.Ianya sering berlaku pada warga tua yang mengadu sakit di bahagian sendi.

Ya, itulah gout!Gout ini sering berlaku di sendi, terutamanya sendi kaki. Kenapa mesti kaki yang menjadi pilihan? Ini kerana asid urik tidak akan larut pada suhu rendah, dan sendi di bahagian kaki adalah salah satu bahagian yang mempunyai suhu rendah.

Punca gout di kaki

Seperti yang kita ketahui, penyakit gout ini disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Ini akan menyebabkan ianya meresap ke dalam sendi dan terkumpul menjadi kristal.

Kristal inilah yang menyebabkan keradangan pada sendi. Keradangan pada sendi ini menyebabkan sendi membengkak, kemerahan, sakit dan panas apabila dipegang.

Dikatakan, gout ini akan menyebabkan keradangan dan kesakitan yang melampau pada pesakit gout, yang mana boleh berlaku di mana mana bahagian sendi, terutamanya di sendi kaki.

Jika di amati, keadaan pesakit gout ini ada yang mengalami kesukaran untuk bergerak atau melakukan rutin harian , malah ada yang mengalami sakit yang mencucuk cucuk di bahagian sendi yang terkena gout.

Semestinya masalah gout pada kaki ini mengganggu kehidupan seharian kita.Oleh itu, mari kita kenal pasti punca penyakit gout di kaki agar senang untuk kita mencari jalan penyelesaian.


Punca Gout Di Kaki


Banyak faktor yang boleh menjadi punca gout di kaki ini.Ini adalah di antaranya punca gout:

  • Keturunan


Keturunan ini bermaksud ada di antara ahli keluarga kita yang mempunyai gout. Ini kerana gout memang salah satu penyakit yang diwarisi.jadi jika anda mempunyai ahli keluarga yang mempunyai gout, anda berisiko tinggi untuk mendapat gout juga.

  • Umur dan jantina


Biasanya gout in terjadi apabila umur semakin meningkat dan ianya sering melanda kaum lelaki berbanding wanita. Ini kerana faktor hormon estrogen yang dikeluarkan pada kitaran reproduktif sistem , membantu mengurangkan tahap urik asid dan meningkatkan pembuangan urik asid melalui buah pinggang.

  • Menopause


Wanita yang mengalami putus haid atau menapuase juga berisiko untuk mendapat gout. Ini kerana apabila menopause, tahap urik asid dalam darah akan meningkat.

  • Obesiti


Mereka yang obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan juga berisiko tinggi untuk mendapat gout.

Punca gout : Obesiti

  • Penyakit lain


Mereka yang mepunyai penyakit lain, seperti kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang turut berisiko untuk mendapat gout.

  • Pengambilan makanan yang kaya purina


Pengambilan makanan yang kaya dengan purina dalam diet seharian kita boleh menyumbang kepada penyakit gout. Antara makanan yang kaya dengan purina adalah seperti ikan sardin, bilis, mackerel, tuna, organ dalaman haiwan dan daging.

  • Ubat-ubatan


Mereka yang bergantung pada ubat ubatan seperti diuretik, aspirin, cyclosporine atau levodopa.

Punca Gout : Pengambilan ubat ubatan

Ini adalah di antara punca gout yang sering terjadi di kalangan warga kita. Jadi, seandainya kita salah seorang daripada faktor risiko di atas, maka ambil lah langkah berjaga-jaga agar gout ini tidak terkena pada kita kelak.

Saranan Ms J amalkan gaya hidup yang sihat, dan lakukan pemeriksaan darah secara berkala, agar kita tahu keadaan kesihatan tubh kita.

Buat mereka yang mempunyai masalah gout dan ingin mencuba set gout shaklee boleh hubungi MS J di talian ini;

MS J 016 444 2685


Tak perlu ragu ragu lagi kerana vitamin shaklee ini banyak membantu mereka yang mempunyai gout. Lihat testimoni gout shaklee ini.



Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe