Skip to main content

Kenali Punca Sakit Sendi Sebelum Merawat

Sakit sendi adalah satu penyakit yang sering berlaku di kalangan kita. Sakit sendi ini boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak kira peringkat umur.



Sendi  ini bermaksud apabila dua tau lebih tulang bertemu. Dan dalam badan kita terdapat pelbagai jenis sendi antaranya adalah sendi bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali, jari, tangan, dan bermacam lagi.

Sendi ini ada fungsinya terdapat badan kita. Ianya lebih kepada membantu pergerakan anggota badan dan melicinkan pergerakan. Bayangkan jika tangan kita tidak mempunyai sendi, sudah tentu kita tidak mampu untuk menggerakkan jari jemari untuk menaip.


Punca Sakit Sendi


Kalau di tanya mengenai sakit sendi, ramai yang beranggapan golongan tua sahaja yang boleh mendapat sakit ini. Salah tu sebenarnya. 

Ini kerana sakit sendi boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya adalah :


  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh / ligamen/ otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul.



  • Berat badan yang berlebihan



  • Kecacatan tulang belakang / tangan dan kaki



  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya))



  • Penyakit sendi seperti arthritis



  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf terhimpit)



  • Penyakit tulang



  • Ketumbuhan



  • Jangkitan kuman



  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya



  • Penyakit kronik



  • Ubat-ubatan

Ini adalah antara beberapa punca sakit sendi yang Ms J petik daripada postal rasmi myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika diamati sakit sendi ini nama je sakit sendi, tapi sebenarnya bukan sendi yang rosak, sebaliknya ianya boleh berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot ligamen, sendi atau saraf.


Kesimpulan


Secara ringkasnya punca sakit sendi ini banyak dan kita harus mengenal pasti yang mana satu punca sakit sendi yang di alami, barulah senang untuk kita merawat masalah sakit sendi.

Ingin dapatkan set sendi daripada shaklee? Hubungi MS J dengan segera dengan menekan link di bawah ini.



Lihat juga testimoni set sendi shaklee



Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe