Skip to main content

Usah Diratapi Mereka Yang Sudah Tiada

Masih ingat lagi entry Mama mengenai Hamil Tapi Masih Lagi Datang Period?

Ok kali ini Mama ingin berkongsi kisah Mama mungkin boleh menjadi tatapan buat bakal ibu atau ibu ibu di luar sana yang menghadapi masalah seperti Mama ini.

Alkisah semalam rasa rasa sakit perut yang amat sangat. Serba serbi tak kena, duduk tak kena, baring pun tak kena.

Dek kerana tak tahan dengan kesakitan yang melanda, Mama meminta suami untuk sapu minyak kat perut ini.

Lantas Mama pula yang di marahi.Kata encik suami 'orang pregnant tak boleh letak minyak panas kat perut'

Maka, nak tak nak Mama terpaksa mengharungi kesakitan di atas tilam sambil berselimut rasa kesejukkan.

Anak semua suami yang tolong tengokkan.Kadang kadang itu perasaan kesian datang menjengah juga dalam diri ini mengenangkan semua perkara yang suami harus lakukan.

"Ya Allah baru sikit ujian yang Engkau datangkan, aku sudah tidak mampu menahan. Kuatkan hati aku ini ya Allah" monolog Mama bersendirian.

Akhirnya Mama tertidur dalam kesakitan yang melanda.Namun, tidur Mama kali ini bukan tidur yang di impikan.Boleh dikatan setiap jam Mama mesti terjaga, dek tak tahan dengan sakit perut.

Masa terus berlalu.Sedar tak sedar, Mama terjaga apabila terdengar jiran sebelah rumah menghidupkan enjin kereta.

Maka, kalut kalut Mama bangkit dari katil kerana khuatir akan terlewat ke tempat kerja. Lantas Mama capai telefon bimbit ini dan melihat jam 

Pukul 5 pagi?

Berkali kali juga Mama menggosok gosok mata ini, takut Mama yang tersilap melihat jam.Masih juga tidak percaya.Lantas Mama bangkit menuju ke ruang tamu melihat jam di dinding.

Ya. Sekarang baru pukul 5 pagi. masih terlalu awal untuk bersiap ke tempat kerja. Tetiba anak Mama pula merengek meminta susu.

Mama siapkan membancuh susu untuk si kecil dan menepuk menepuk supaya si kecil ini untuk tidur kembali. Sambil sambil itu hati ini berkata, "syukur anakku,kalau Mama kehilangan yang bakal datang ini tapi sekurang kurangnya Mama masih ada kamu".

Dalam keheningan pagi yang senyap sunyi ini Mama terus hamparkan sejadah. Niat ingin mengadu segala masalah pada Dia yang Maha Esa.

Sesungguhnya tiada tempat lain untuk ku mengadu selain pada Engkau ya Allah!

Jika sesuatu berlaku pada anak yang bakal lahir ini, Mama redha.Semua ini adalah milik Engkau Ya Allah dan Engkau berhak untuk ambil jika ini bukan takdir untukku.

Sebelum solat subuh Mama ingin membersihkan diri, lantas seperti yang di duga Mama keguguran!


Perasaan pada ketika itu hanyalah biasa biasa sahaja. Mama sudah redha dengan apa yang berlaku.Alhamdulillah hari ini boleh bekerja dengan tenang.

Esok Mama akan berjumpa dengan doktor gyneacology untuk membuat rawatan lanjut.Doa kan Mama baik baik aja ye.

Buat ibu ibu yang sedang mengalami apa yang Mama lalui ini, bertabahlah!

Usah ratapi pemergian yang sudah tiada. Kita yang masih sihat ini cuba lagi di masa akan datang.Insyaallah Allah itu Maha Pemurah.Bersangka baik lah kamu!


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe