Skip to main content

Bercuti Di Kampung, Singgah Sekejap Di Pasar Munduk (Thailand)

Cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas. Begitulah juga dengan kerja seharian Ms J. Sebagaimana yang korang nak tahu, kerja Ms J ini tidak tetap, sekejap di Pulau Pinang, sekejap di Alor Setar.

Sambil sambil melihat nombor waktu menunggu, sepatutnya kalau nak ikutkan hariini ada pesakit yang sepatutnya datang.

Tapi sehingga kini seorang pun masih belum kelihatan. Dalam hati ini kerapkali berkata, 'janganla datang, sebab badan ku ini sudah penat'..hehe

Jika appointment tidak datang hari ini, maka dapatlah rehat sikit setelah berminggu bergelumang dengan kerja dan kerja.

Kekadang itu, nak makan pun tak tenang dek kerana fikirkan waktu pesakit yang terpaksa menunggu lama. Oh kerja, mohon diberi kekuatan pada diri ini untuk mengharungi semua ini.

Ok di waktu yang lapang ini bukan pasal kerja yang ingin ku updatekan, tetapi mengenai Munduk!

Pernah dengar Munduk? Mungkin ramai yang tidak pernah dengar bukan? Dan jika anda adalah orang Kelantan mungkin lebih tahu mengenai Munduk ini.

Banyak kali dah entry ini tertangguh, dek kerana kekangan masa. Namun hari ini ku gagahkan jua mahu menulis mengenai percutian singkat balik ke kampung halaman di Kelantan dan sempat bershopping di Munduk.

Kalau nak tahu Munduk adalah salah satu sempadan antara Kelantan dan Thailand. Untuk sampai ke sana, hanya menaiki bot dengan hanya 5 minit sudah sampai.

Apa yang ku sangat mengenai Munduk ini adalah kerana barang barang di sini semuanya murah-murah. Maka tidak hairanlah ramai yang menggelarkannya sebagai syurga untuk shopping.

Bermacam-macam barang dijual di sini. Baju,tudung, buah-buahan, ikan masin, mainan budak-budak, pelbagai aneka bantal, frozen food dan bermacam-macam lagi.

Sungguh bila ku datang sini rasa seperti gila.Semua mahu di beli, almaklumlah semua cantik-cantik. Sebagai wanita sungguh menguji iman ini.

Maka dengan senangnya duit ini mengalirkan. Sepanjang shopping di Munduk ini ku sudah habiskan dalam RM300. Tapi berbaloi sebab banyak barang yang ku beli.

Antaranya adalah instant shawl 6 helai, baju jubah/ dress (4), buah pelam 6 kg, bantal didi & friends (1).

Jom layan kami bershopping!

menaiki perahu menuju ke pasar Munduk



Pening pening nak pilih warna tudung

Sempat lagi posing.hehe

Tudung instant shawl bermula dengan harga RM10

Pelbagai jenis aneka buah pelam, 3 kg RM 10

Air Paperbag RM 2.50 

Pelbagai jenis tudung ada

Instant shawl dua muka RM 10

Instant shawl dua muka RM 10 
Dress labuh RM 22

Lain kali memang kena simpan duit bebanyak untuk ke sana lagi.hehe

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe