Skip to main content

Kenali Penyakit batu Karang dan Tanda Awal Penyakit Ini

Assalamualaikum dan selama pagi semua.

Semalam Ms J ada menghadiri kelas online bersama group shaklee independent distributor yang lain.Topik yang hangat di bincangkan adalah mengenai penyakit batu karang di buah pinggang.

Apa itu Batu Karang Di Buah Pinggang?


Batu karang di buah pinggang/ginjal adalah terdapat batu di bahagian buah pinggang kita. Batu ini tumbuh daripada kristal halus yang terjadi daripada beberapa jenis kimia.

Jenis kimia yang sering berlaku adalah seperti kalsium oxalat dan kalsium posphaste. Ada juga yang jarang kita dengar contohnya seperti asid urik, cystine dan magnesium posphate ammonia.

Saiz batu ini boleh jadi sekecil seperti pasir, dan juga boleh jadi sebesar bola golf. Batu ini membesar di buah pinggang kemudian bergerak ke bawah, yakni salur kencing.

Jika batu semakin membesar di salur kencing, ianya boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Malah bukan itu sahaja, pesakit juga akan merasa sakit dan kencing juga tersekat.

Lagi bertambah teruk apabila pesakit di suspect dengan jangkitan kuman atau bakteria di salur kencing (UTI).

Batu karang ini dikategorikan kepada empat jenis, bergantung kepada jenis batu itu sendiri:

  • Batu kalsium
Ini adalah jenis batu yang paling lazim di temui. Batu ini membabitkan dua bahan iaitu kalsium dan oksalat.
  • Batu struvite
Batu ini sering berlaku pada wanita berbanding kaum lelaki. Ianya disebabkan oleh jangkitan kuman pada salur kencing, yang mana boleh menghasilkan enzim tertentu.

Enzim inilah yang meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  • Batu Usid Urik
Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisme protein
  • Batu Sistein
Pembentukan batu karang ini jarang berlaku.ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Dari pengalaman Ms J sendiri, ada pesakit yang menunjukkan tanda dan simptom  mempunyai penyakit batu karang ini.

Namun, ada juga yang tidak menghadapi sebarang tanda taw. Batu ini dijumpai secara tidak sengaja, apabila mereka melakukan rutin medical checkup.

Dari pengalaman kawan-kawan pula, ramai yang memberitahu sakitnya batu karang ini di bahagian buah pinggang hingga ke bahagian belakang.

Apatah lagi jika ada batu yang bergerak, dan tersekat di salur kencing, lagi pedih katanya.

Antara tanda lain penyakit batu karang adalah:

⇨darah di dalam urine
⇨kerap membuang air kecil
⇨rasa sakit ketika membuang air kecil
⇨ketidak upayaan untuk membuang air kecil disebabkan adanya batu yang menyekat saluran kencing
⇨berpeluh secara berlebihan
⇨air kencing keruh

Bolehkah batu karang ini dirawat?Ikuti kisah pesakit batu karang ini yang mampu mengurangkan batu karang dengan kos yang tersangat jimat DI SINI

Baca juga kisah mereka yang pernah berikhtiar dengan supplement dari shaklee untuk mengurangkan masalah batu karang Rujuk Sini




Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe