Skip to main content

Set Menyusu Terbaik Untuk Ibu

Seringkali kita mendengar masalah si ibu seperti:

"susu tidak cukup"
"anak selalu merengek"
"anak menyusu tidak puas atau tidak kenyang"
"malam-malam selalu terjaga mencari susu"



Malah kakak Ms J juga salah seorang yang mengalami masalah ini. Beliau beranggapan bahawa beliau seorang yang kecil, dan mempunyai payudara yang kecil, maka penghasilan susu pun dalam jumlah yang sedikit.

Pada pandangan Ms J saiz payudara tidak menjadi faktor mempengaruhi penghasilan susu.

Sebagaimana yang kita tahu bahawasanya emosi tidak stabil boleh memberi kesan penghasilan susu. Ini kerana badan tidak dapat menghasilkan signal yang baik kepada otak. Lantas penghasilan susu pun terganggu.

Selain itu banyak lagi faktor yang mempengaruhi penghasilan susu ini. Antaranya adalah seperti:

1. Pengambilan air kosong yang tidak mencukupi.

Komponen utama air susu adalah air. Jadi jika air tidak mencukupi bagaimana harus susu ini terhasil? Jadi, sehari sekurang-kurangnya tiga liter air diperlukan taw.


2. Pengambilan makanan yang seimbang 

Khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang kita makan. Jika pengambilan makanan seharian cukup dengan sengan segala nutrient, maka susu ibu juga akan cukup nutrient.

Tapi bagaimana pula jika kita tidak cukup nutrient? Semestinya badan kita tidak boleh menghasilkan susu yang berkualiti.

Jadi di sini pentingnya pemakanan yang sihat. Salah satu cara yang kita amalkan adalah dengan mengambil supplement tambahan seperti set menyusu shaklee ini:




Kenapa Perlukan Semua Ini?

ESP (Soy Protein Isolate Powder)

Salah satu ciri ESP adalah mempunyai glisemik indeks yang rendah sebab tu ianya boleh memberi tenaga yang berpanjangan. 

Ini kerana jika si ibu menyusu tidak makan secara mencukupi, dan tambahan pula mereka menyusu badan maka mereka lebih cepat letih

Semasa menyusu, badan kita memerlukan lebih banyak protein dan kalsium. Dengan pengambilan ESP si ibu secara tak langsung dapat mencukupkan keperluan protein dalam badan.

Osteomatrik (Kalsium)

Kita memerlukan kalsium setiap hari, sebab setiap hari kita akan kehilangan kalsium. Kalsium ini penting terutama buat kaum wanita yang mengalami haid, mengandung, menyusu dan menopause.

Buat ibu menyusu kalsium ini boleh membantu mengeluarkan susu yang bermutu, yakni susu yang kaya dengan kalsium.

Selain itu juga kalsium ini boleh membantu si ibu mengekalkan jumlah kalsium dalam badan. Ini juga dapat mengelakkan si ibu daripada mendapat osteoporosis di usia yang muda.

Alfalfa 
.
Alfalfa ini sejenis herba, yang mana banyak membantu kaum wanita.Sebab itu juga ianya juga dikenali sebagai kacip fatimah.

Oleh kerana ianya herba, maka ianya bersifat panas. Sebab itu jugalah ianya berfungsi sebagai agen detox untuk ibu melansingkan badan selepas bersalin. Jangan lupa apabila anda mengkonsumi alfalfa, anda perlu meningkatkan pengambilan air masak.











.





Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe