Skip to main content

Kencing Manis Ketika Hamil : Fakta Yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum semua.

Perbualan hari ini bersama rakan yang hamil, beliau meluahkan rasa takut untuk mendapatkan pemeriksaan minggu depan untuk minum air gula. Iya la takut jika disahkan kencing manis ketika hamil.
Opps hamil pun boleh terkena kencing manis ke? Ya, boleh. Malah daripada 100 orang bakal ibu, 18 orang berisiko intuk mendapat kencing manis ini taw. Dalam erti kata lain 18 %.

Bermacam-macam persoalan timbul dalam kepala ini apabila sebut mengenai kencing manis ketika hamil.Alhamdulillah Ms J tidak pernah mengalami sebarang masalah semasa hamil suatu ketika dahulu.



Maka, hari ini sibukkan diri menggoogle mencari info mengenai kencing manis ketika hamil ini. Ok di sini Ms J rumuskan daripada pembacaan saya ye.

Kencing Manis Ketika Hamil

Kencing manis ketika hamil atau dalam bahasa saintifiknya adalah "gestation diabetes" merupakan sejenis penyakit yang mana paras gula dalam darah berlebihan daripada normal.


Ianya biasa berlaku pada ibu ibu hamil yang mengalami masalah rintangan insulin. Secara umumnya ketika hamil hormon insulin ini akan meningkat untuk mengawal kandungan paras gula dalam darah.

Namun, jika si ibu mengalami rintangan insulin yang mana badan tidak dapat menghasilkan lebih banyak insulin, maka inilah yang menyebabkan paras gula akan meningkat, lalu si ibu bakal mendapat gestation diabetes.

Oops apakah hormon insulin ini?Pernah dengar tak?hehe. Hormon ini adalah hormon yang di hasilkan oleh pankreas dan fungsinya adalah :

  • Mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga
  • Membolehkan gula yang tidak diperlukan segera di simpan

Bagaimana Untuk Mengetahui Jika anda Menghidap Gestation Diabetes?

Persoalan yang sering timbul di kalangan para ibu. Ok semasa hamil kita di wajibkan untuk minum air gula kan? Haa inilah salah satu  cara untuk mendiagnos jika anda mengalami kencing manis ketika hamil.

Atau bahasa sains nya di sebut sebagai Oral Glucose Tolerance Test (OGTT).




Cara lain adalah melalui air kencing. Sebab itulah juga semasa pemeriksaan anenatal, anda di minta untuk menghantar sample air kencing kepada makmal. Semua itu mempunyai sebab-sebab tertentu.

Apakah Simptom-simptom yang Selalu Dialami Oleh Ibu hamil?

Simptom ini mungkin berbeza, bergantung kepada semua orang. Malah ada yang tidak menunjukkan sebarang simptom.
  • Keletihan
  • Dahaga  
  • Membuang air kecil dengan banyak
  • Penglihatan Kabur

Bahaya kah Kencing Manis Ketika Hamil?

Pada pandangan saya, ya ia agak bahaya. Mungkin bagi si ibu kencing manis ini adalah perkara biasa, tapi tahukah anda kencing manis ketika hamil ini boleh mendatangkan komplikasi ketika dan selepas kelahiran kelak.

Ketika kelahiran, mungkin doktor akan mencadangkan anda untuk bersalin secara ceaseran, atau pembedahan. Ini kerana bayi yang terlalu besar dan agak sukar untuk bersalin secara normal.



Bukan itu sahaja taw, malah ianya juga mendatangkan kesan selepas kelahiran. Bayi yang dilahirkan akan berpotensi untuk mendapat hypoglisemia, iaitu paras gula dalam darah yang rendah dan jaundis.

Oleh itu mereka ini perlukan rawatan rapi dan perlu di awasi oleh doktor.  

Mereka ini juga berisiko untuk mendapat obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari apabila mereka membesar kelak. Sebab itu saya tekankan bahawa diabetes gestation ini jangan di ambil mudah ye.

Bagaimana Saya Tahu Sekiranya Saya berkemungkinan Menghidap Diabetis?

Anda berisiko untuk mendapat kencing manis ketika hamil jika anda :
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih 30 
  • Anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan sebanyak 4 kg atau lebih
  • Pernah menghidap diabetis gestasi sebelum ini
  • Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis 
  • Keturunan anda mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi


Apa Yang Perlu Saya Buat Jika Disahkan Mengalami Diabetes Gestasi?

Biasanya penyakit ini datangnya daripada pemakanan kita. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah mengamalkan diet yang seimbang.



Makanlah mengikut piramid makanan, merangkumi karbohidrat, daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.

Lakukan aktiviti luar contohnya seperti bersenam. Senaman ini boleh membantu pengawalan gula dalam darah. Contohnya senaman yang bagus untuk dilakukan adalah seperti yoga, berenang dan berjalan.

Jika anda seorang perokok, seeloknya berhentilah merokok. Ini kerana merokok hanya memburukkan lagi keadaan, yang mana boleh meningkatkan paras gula dalam darah.


Semoga entry kali ini membantu ibu ibu yang mengalami diabetis gestation. Kepada bakal ibu, ingin Ms J ucapkan selamat menimang cahaya mata!

Baca lebih lanjut mengenai PENTINGNYA VITAMIN UNTUK IBU HAMIL



Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe