Skip to main content

Cara Mudah Buat Duit Dari Rumah Untuk Seorang Suri Rumah

Assalamualaikum semua..

Dah banyak hari Ms J tak update kat sini. Bukan apa minggu sibuk sangat nak uruskan mengenai pindah rumah. Banyak barang nak kena angkat dan kena kemas rumah.

Alhamdulillah semalam settle juga akhirnya. Walaupun penat tenaga dan banyak dah melaburkan duit untuk rumah ni, tapi rasa gembira sangat. Inilah hasil titik peluh kami demi untuk anak-anak.

Ok bercakap mengenai duit dan wang ringgit, sekarang ni semuanya perlukan duit.Kalau tak ada duit memang tak boleh hidup kan? Jadi bagaimana kalau suri rumah yang tak berkerja dengan mengharapkan gaji suami untuk beli barang dapur dan barang keperluan sendiri?

Pandai pandailah mereka uruskan kewangan masing-masing.Mana nak bayar rumah, kereta, anak-anak dan barang dapur. Tambah-tambah lagi sekarang ni zaman GST. Semua kita yang kena tanggung.Mungkin agak membebankan bagi mereka yang hidup bersederhana.

Maka apa yang boleh kita buat? Tak salah jika kita mencari pendapatan sampingan yang boleh meringankan beban suami. Tambah tambah lagi kalau boleh melakukan kerja tu di rumah.Maka ianya tidak menggangu rutin harian kita menguruskan anak-anak dan pakai minum suami tercinta.


Apa yang Ms J nak bagitahu adalah salah satu bisnes dari rumah yang kita boleh buat adalah bisnes shaklee.Memang tidak di nafikan lagi semua orang kenal shaklee ni, ianya bukanlah suatu bisness yang baru di Malaysia. 

Jadi ianya amatlah mudah untuk kita berbisnes sebab semua orang dah yakin dengan supplement ini. Kalau dah ramai sangat jual shaklee kat luar tu  macam mana kita nak berjaya? Haa yang itu korang kena join ahli dulu baru kita boleh share ilmu untuk berjaya macam mereka yang lain.

Bagaimana Nak Join Ahli?


Melalui dua cara :
  1. Hanya membuat belian produk shaklee sebanyak 200uv ke atas atau lebih kurang dalam belian RM700 ke atas dalam 1 resit anda akan mendapat keahlian percuma.
  2. Mendaftar sebagai ahli sekali dengan fee membership RM 80 (termasuk pos) dan RM 90 Sabah Sarawak (termasuk pos).
Jangan risau dan takut kerana bila anda join ahli anda akan di beri bimbingan untuk teruskan berjaya dengan Shaklee ini. Jadi tiada istilah anda ketinggalan dan rasa sia-sia join shaklee. Semua akan di bantu, malah anda akan di beri 'personal coaching' lagi untuk dapat tips-tips menambahkan jualan.

Semua ini hanyalah di alam maya. Kelas dan coaching di aplikasi watsaps dan telegram. Mudah bukan? Sambil jaga anak depan mata pun boleh berniaga dan menuntut ilmu.Memang senang sangat. 



Bukan itu sahaja malah banyak lagi manfaat yang shaklee berikan. Antaranya:
  • Personal bonus
  • Net personal bonus
  • Car bonus
  • Coordinator incentive
  • Leadership bonus
Semua ini adalah tidak mustahil untuk anda jika anda rajin berusaha dengan hanya meniaga shaklee.Semua nya bermula dari kita. Tanamkan azam dan tekad untuk berjaya dan pasti nya anda akan berjaya sepertui mereka yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe